Madrasah Ar-Rahmaniah Ad-Diniah, Lubuk Tapah, Pasir Mas.
1.0 Pengenalan Kepada Perkembangan Sistem Pendidikan
Pondok di Malaysia
1.1 Konsep Pendidikan Sekolah Pondok
Perkataan pondok berasal daripada perkataan
Arab ‘fuduqun’ yang bererti
rumah tumpangan atau tempat penginap para pengembara. Dalam konteks institusi
pendidikan Islam, ia dikaitkan dengan rumah-rumah kecil yang didirikan sebagai
tempat tinggal pelajar, berhampiran surau atau madrasah dan rumah tuan guru di
sebuah kawasan khas. Di Tanah Melayu tertumpu di Pattani, Kelantan, Trengganu
dan Kedah. Pondok-pondok itu dikenali berdasarkan nama guru yang menjadi
pengasasnya atau nama tempat/kampung seperti pondok Tok Kenali dan pondok Pasir
Tumbuh di Kelanta. Proses pemindahan ilmu dan budaya dalam hidup bersyariat sama
ada secara formal atau tidak formal. Selain itu, institusi pondok adalah sistem
pendidikan secara formal dan tinggi.
Menurut Kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka, ‘sekolah pondok’
merupakan institusi pengajian dan pendidikan Islam secara
tradisional. Terdapat pelbagai nama yang diberikan kepada sekolah pondok
seperti pesantren di Jawa, penjentren di Madura, ranggang di Aceh dan surau di
Minangkabau. Sekolah pondok adalah sebuah kawasan yang di dalamnya
terdapat institusi pengajian Islam yang berbentuk tradisional. Terdapat
rumah-rumah kecil yang didirikan berasingan. Bentuknya hampir sama antara satu
dengan yang lain. Rumah-rumah ini didirikan secara tersusun yang berhampiran
dengan rumah tuan guru dan surau atau masjid. Rumah-rumah kecil tersebut
merupakan tempat tinggal pelajar, manakala surau atau masjid dijadikan tempat
belajar dan beribadat.
1.2 Ciri-ciri Pendidikan Sekolah Pondok
1.2.1 Ilmu agama
Dari segi pembelajaran sukatan pembelajaran
yang didedahkan kpd para pelajar adalah tidak tersusun, ia bergantung kepada
kemahiran guru. Antara mata pelajaran yang diajar ialah tauhid, tafsir, fekah,
nahu saraf, hadis, doa-doa yang ada kaitan dengan kehidupan seharian. Para
pelajar juga didedahkan dengan kaedah menulis dan menguasai kaedah jawi dan
bahasa Arab.
1.2.2 Ilmu perubatan
Sesetengah institusi pendidikan pondok
mendedahkan ilmu perubatan tradisional yang menggunakan bahan-bahan spt akar
kayu di samping jampi-jampi yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Antara kitab
yang berkaitan ialah Tashil al Manafi fi al Tibbi wa al Hikmah, Kitab
Mujarabad dan lain-lain.
1.2.2 Mata pelajaran sampingan
Untuk menghilangkan rasa jemu di kalangan
para pelajar mata pelajaran spt bernasyid, berzanji, marhaban dan qasidah turut
diajar
1.2.3 Bahasa pengantar
Pembelajaran dijalankan dalam bahasa Melayu
memandangkan banyak kitab-kitab Arab telah diterjemahkan kedalam bahasa Melayu.
1.2.3 Tenaga pengajar
Para pelajar diajar secara percuma, guru di
sekolah pondok hanya mendapat khidmat tenaga anak-anak muridnya yang
mengerjakan tanah sawah atau kerja-kerja pertukangan.
Hubungan antara
guru dan anak-anak muridnya amat rapat, buka sahaja kerana kealiman guru
berkenaan, bahkan rasa tanggungjawab guru berkenaan apabila para ibu bapa menyerahkan
anak-anak mereka untukdididik oleh guru berkenaan
1.2.4 Tempoh belajar
Tempoh masa belajar di sekolah pondok tidak terhad, ada di kalangan para pelajar berada di institusi ini selama 10 tahun, malah ada di kalangan yg berpindah dari satu pondok ke pondok yang lain
1.2.4 Kaedah pembelajaran
Dalam bentuk halaqah, di mana para pelajar
akan membuat separa bulatan mengelilingi guru mereka. Selain itu guru-guru juga
menggunakan kaedah hafalan, syarahan (kuliah), perbincangan (muhadatah), soal
jawab perdebatan (mujadalah), pengembaraan (rehlah) dan lain-lain.
1.2.5 Lepasan pondok
Mereka akan menjadi tenaga pengajar di
institusi pondok. Ada yang melanjutkan pelajaran ke Aceh, Mekah dan Madinah,
kemudian apabila kembali mereka mengajar di pondok yang sama atau di tempat
lain. Mereka juga boleh menjadi pendakwah di surau atau masjid.
2.0 Sejarah Dan Kronologi Penubuhan Institusi Pondok Lubuk
Tapah,
Pasir Mas
Dalam sejarah pendidikan Islam di Malaysia, Kelantan
merupakan salah sebuah negeri yang terkenal dengan perkembangan pendidikan yang
pesat yang telah melahirkan ulama’-ulama’ yang berwibawa.
Menurut sumber-sumber yang
boleh dipercayai, pendidikan Islam telah bermula pada akhir abad ke 18.Orang
yang paling awal menyampaikan pendidikan Islam ialah Tuan Shyeikh Haji Abdul
Halim. Sistem pengajian pondok di Tanah Melayu pula mulai muncul pada pada permulaan
abad ke 20, ada yang berpendapat bahawa ia wujud sejak abad ke 19 lagi. Sistem
ini dipercayai berasal dari Pattani, Selatan Thailand. Ada juga pendapat
mengatakan ia berasal dari Acheh Indonesia.
Di Tanah Melayu, Kelantan
dipercayai di antara negeri yang mula-mula mewujudkan sistem pondok. Pondok
pertama yang didirikan di Kelantan ialah pada tahun 1820 M oleh Tuan Guru Haji
Abdul Samad bin Abdullah (Tok Pulai Chondong) Selain dari pondok Pulai Chondong
yang didirikan di Kelantan sebelum 1910 ialah Pondok Tok Bachok pada tahun
1900, Pondok Haji Abdul Malik Tumpat pada tahun 1907, Pondok Haji Yusuf Pulau
Ubi, Geting Tumpat tahun 1908, Pondok Kubang Pasu Kota Bharu pada 1900, Pondok
Sungai Budor, Pondok Kampung Banggol, Pondok Tuan Padang dan Pondok Tok Semian
yang diasaskan oleh Haji Wan Abdul Samad bin Mohd Salleh atau lebih dikenali
dengan gelaran Tuan Tabal.Pondok Lubuk Tapah adalah pondok yang dibina pada
tahun 1931 merupakan pondok yang lewat ditubuhkan jika ingin disbanding bezakan
dengan pondok yang lain.
Pondok Lubuk Tapah atau
nama rasminya Madrasah Al-Rahmaniah Pondok Lubuk Tapah adalah sebuah institusi
pengajian islam yang berkonsep tradisional dan merupakan antara pondok yang
lama di Kelantan.
Pondok Lubuk Tapah mula
diasaskan oleh AllahyarhamTuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Che
Wan pada tahun 1931 setelah kembalinya beliau daripada belajar di
Mekah.Bertempat di Kampung Lubuk Tapah,Lemal Pasir Mas, dengan jarak kira-kira
4 km dari Bandar Pasir Mas dan 16 km dari Pusat Bandar Kota Bharu, keluasan
kawasan Pondok Lubuk Tapah adalah kira-kira dalam lingkungan 6 ekar.
Pada peringkat awal
penubuhannya, kegiatan pondok ini adalah agak terhad dengan
bilangan pelajarnya yang tidak ramai manakala kemudahan-kemudahan asasnya pula
tidak lengkap dan kurang memuaskan. Pada masa itu pondok-pondok pelajar terdiri
daripada pondok sebuah-sebuah yang dibina sendiri oleh pelajar atau ibu bapa
yang menghantar anak-anaknya memondok disini. Pondok-pondok dibina diatas tanah
kepunyaan Tuan Guru Haji Abdul Rahman.
Pelajar-pelajar yang datang
menuntut di Pondok Lubuk Tapah datang dari seluruh negeri di Malaysia dan ada
juga pelajar yang datang dari negara-negara jiran seperti
Thailand,Indonesia,Singapura dan kemboja.
Sehingga kini Pondok Lubuk
Tapah telah melahirkan ribuan pelajar dimana ada dikalangan bekas-bekas pelajar
pondok ini pulang menyebarkan ilmu dan memberi khidmat kepada masyarakat samada
mengajar dengan membuka pondok atau sekolah agama,mengajar di masjid dan
madrasah,menjadi imam masjid,bilal dan sebagainya. Bagi menambahkan lagi
kefahaman dalam ilmu pengetahuan agama,terdapat juga bekas-bekas pelajar yang
melanjutkan pengajian mereka ke negara-negara timur tengah seperti ke Mesir dan
Syria.
Pondok Lubuk Tapah mengalami
perkembangan dan kemajuan dari masa ke semasa dan perubahan itu semakin ketara
apabila Tuan Guru Haji Abdullah pulang dari Mekah pada Disember 1966 setelah
berkelana menuntut ilmu di sana selama 14 tahun semenjak tahun 1953.Beliau yang
merupakan anak kedua kepada pasangan Tuan Guru Haji Abdul Rahman dan
Hajah Nik Zainab binti Nik Mud membantu ayahnya mengajar dan mentadbir pondok
hinggalah akhirnya beliau mengambil tempat ayahnya menjadi
mudir pondok. Dibawah pentadbiran beliau Pondok Lubuk Tapah semakin
berkembang pesat dan semakin dikenali bukan sahaja di Kelantan bahkan di
seluruh Malaysia.
Pada 19 Mac 2008, Madrasah Al-Rahmaniah Pondok Lubuk Tapah mengalami ujian getir dan kehilngan permata yang tidak ternilai apabila mudirnya, juga seorang ulama dan pengasas Madrasah al-Rahmaniah, Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman meninggal dunia di rumahnya di Pondok Lubuk Tapah, kira-kira jam 7.20 pagi. Kemudian, Madrasah al-Rahmaniah Lubuk Tapah dipimpin oleh anaknya sendiri iaitu Dr. Ustaz Hj Lukman b Hj Abdullah yang merupakan Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya. Pada 22 Januari 2010, pondok Lubuk Tapah sekali lagi menerima musibah yang besar apabila tiga buah blok bangunan sekolah agama itu yang mula digunakan sejak 1931 musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi. Namun atas jasa dan sumbangan orang ramai, pondok Madrasah al-Rahmaniah kini dibina semula dan berkembang sebagai institusi pondok yang Berjaya di Nusantara. Bilangan pelajarnya semakin bertambah manakala infrastruktur dan kemudahan-kemudahan asasnya juga Semakin baik dan lengkap. Sehingga kini terdapat kira-kira 400 orang pelajar yang menghuni di Pondok Lubuk Tapah termasuk dari kalangan warga tua dan mereka yang sudah berkeluarga.
Kebakaran yang berlaku pada 22 Januari 2010
3.0 Kronologi Perkembangan
Sistem Pengajian Pondok
3.1 Perkembangan Sistem Pengajian Pondok
Semasa British Sehingga Merdeka
Pendidikan agama pondok mempunyai sejarah yang tertentu
samada diiktiraf ataupun tidak diiktiraf oleh mana-mana para pengkaji sejarah
ataupun masyarakat sekarang ini. Sejarah pendidikan Agama pondok ini mempunyai
sejarah yang gemilang pada awalnya namun semakin diketepikan disebabkan
kerisauan oleh sesetengah pihak yang mendominasi pemebelajaran pada masa
tersebut ekoran takutnya mereka akan fahaman Islam yang meluas pada masa
tersebut.Menurut daripada sejarah awal, sewaktu era penjajahan British ke Tanah
Melayu, sekitar tahun 1990, British telah menaja sekolah-sekolah berbentuk
sekular. Iaitu wujudnya sekolah yang mengurangkan lagi kerapatan masyarakat
pada masa tersebut untuk mengenal pengajian Islam. Hal ini telah mewujudkan persaingan besar ke atas
sekolah agama pondok. Namun, pelbagai cara telah digunakan oleh British bagi
menarik minat masyarakat ketika itu untuk bersekolah di sekolah sekular.
British menguatkan lagi hujah mereka dengan mengatakan bahawa sistem pengajian
pondok adalah bersifat primitif berdasarkan mata pelajarannya yang tidak sama
dengan apa yang diajar di sekolah Inggeris. Walaupun British telah mencuba
pelbagai cara dan daya, ia tidak sedikit pun menggerakkan hati rakyat untuk
berpindah ke sekolah sekular sebaliknya meneruskan pengajian mereka di sekolah
pondok.
Sekolah pondok semakin
mendapat sambutan ramai selepas tahun 1930. Ini jelas terbukti apabila bilangan
murid yang kian bertambah terutamanya di Pondok Terusan Pasir Tumboh, Pondok
Bunut Payung, Pondok Lubuk Tapah, Pondok Sungai Durian dan Pondok Kubang
Bemban. Keadaan ini berterusan dari tahun 1950 hinggalah 1970.
Secara kasarnya, kita dapat
melihat era kegemilangan sekolah pondok yang semakin hari semakin mendapat
tempat tempat di hati rakyat. Namun begitu, jika diamati pada tahun 1945,
sebenarnya sistem pengajian pondok telah mengalami kemalapan. Ini berikutan
kedatangan Jepun ke Tanah Melayu. Keadaan bertambah buruk apabila terdapat
sekolah pondok yang terpaksa ditutup dan ada juga yang menukar sistem pengajian
kepada sistem sekolah. Misalannya, pada tahun 1958, Pondok Bunut Payung, Kota
Bharu bertukar nama kepada Madrasah Islamiyah manakala pada tahun 1970, Pondok
Haji Mohd Noor Kampung But menjadi Madrasah Saadah Qura.
Kajian
menunjukkan, di antara sebab yang yang menjurus ke arah kemunduran institusi
pondok adalah kerana timbulnya perubahan-perubahan dalam perkembangan Islam di
negeri Kelantan. Pada masa tersebut, institusi pondok terpaksa bersaing dengan
sekolah-sekolah Agama (atau dipanggil Arab) Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).
Masyarakat telah menerima baik penubuhan sekolah-sekolah ini. Atas sebab itu,
pihak MAIK semakin mempertingkat usaha membaiki sistem persekolahan dalam
bidang pendidikan dan hasilnya, tertubuhlah Yayasan Pengajian Tinggi Islam
Kelantan pada 1 Oktober 1965. Faktor lain yang menjurus kepada kemerosotan
sistem pengajian pondok ialah kerana perubahan politik negara ini, persaingan
dengan sistem pendidikan moden, perubahan sosio-budaya masyarakat dan faktor
dari dalam pondok itu sendiri, seperti tiada pengganti yang berwibawa selepas
ketiadaan pengasasnya.
3.2 Sistem
Pengajian Pondok Selepas Merdeka Sehingga Sekarang
Jika disoroti sejenak, Pendidikan Islam
sebenarnya telah beroperasi di bawah zaman penjajahan selama lebih 400 tahun
sehinggalah muncul Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960. Kedua-dua
penyata ini ada menyebut untuk meletakkan mata pelajaran Pendidikan Islam dalam
Sistem Pendidikan Kebangsaan. Pernyataan tersebut telah dipersetujui maka pada
tahun berikutnya, Akta Pelajaran 1961 telah memuatkan mata pelajaran Pendidikan
Islam dalam jadual waktu persekolahan dengan diberi peruntukan masa sebanyak 120
minit seminggu.
Pada hujung
tahun 1960-an hingga awal 1970-an, beberapa orang pelajar telah bangkit
mengemukakan usul, memohon agar masa untuk mata pelajaran Pendidikan Islam
ditambah. Selain itu, mereka juga menuntut agar mata pelajaran tersebut turut
diajar di maktab-maktab perguruan, manakala subjek Agama Islam dan Tamadun
Islam hendaklah diperkenalkan di pusat-pusat pengajian tinggi. Sebuah
universiti Islam perlu diwujudkan dalam negara dan mata pelajaran Agama Islam
hendaklah diwajibkan dalam peperiksaan awam bagi memartabatkan lagi agama rasmi
ini.
Menurut sumber,
golongan yang bersuara dan mengemukakan cadangan-cadangan tersebut adala
golongan yang terpelajar yang mendapat pendidikan di di sekolah menengah
kebangsaan dan sekolah berasrama penuh. Di samping itu, kegiatan Angkatan Belia
Islam (ABIM) yang aktif memperjuangkan Islam ketika itu telah meletakkan
Pendidikan Islam di tempat yang tinggi, yakni tempat asalnya dalam masyarakat
Melayu. Bukti semangat perjuangan ABIM boleh dilihat melalui tunjuk perasaan
yang pernah dilakukan di hadapan pintu menara gading.
Setelah puas
menyatakan hasrat, akhirnya permintaan pelajar-pelajar tersebut dilaksanakan
oleh pemerintah ketika itu. Ia berlaku pada akhir tahun 1970-an dan awal
1980-an di mana Maktab Perguruan Islam dan sebuah Universiti Islam telah
ditubuhkan. Mata pelajaran Pengajian Islam (Tamadun Islam) juga telah dijadikan
mata pelajaran wajib di peringkat tinggi. Hasrat hati pelajar-pelajar tersebut
terus diterima dengan hati yang terbuka berikutan pertambahan waktu mata
pelajaran Pendidikan Islam daripada 120 minit kepada 240 minit seminggu.
Martabat agama Islam terus dilonjak, menyaksikan slogan “kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan” sebagai salah satu teras dalam Falsafah Pendidikan
Negara (FPN) bermula tahun 1980. Di samping itu, pernyataan “melahirkan insan
yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani” yang termuat dalam
FPN adalah bukti jelas yang menunjukkan keprihatinannya dalam melahirkan rakyat
Malaysia yang sentiasa taat dan patuh.
Sebaik tindakan ini
dilakukan oleh FPN, maka keseluruhan Struktur Kurikulum Pendidikan Kebangsaan
telah diubahsuai supaya setiap subjek yang diajar di peringkat sekolah akan
memegang kuat cita-cita FPN tersebut. Caranya ialah dengan menerapkan nilai-nilai
murni, aqidah dan syariat Islamiyyah dalam pendekatan pengajaran contohnya
dalam mata pelajaran Sains dan Geografi. Selain itu, Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA) juga terus berkembang di seluruh negara. Bagi
sekolah-sekolah menengah kebangsaan pula, wujud beberapa mata pelajaran elektif
(pilihan) umpamanya Tasawur Islam, Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah dan
Pendidikan Syariah Islamiyyah. Dari sini, dapatlah difahami bahawa Pendidikan
Islam semakin lama semakin mendapat perhatian negara.
4.0 Ciri-Ciri Sistem Pendidikan Agama Di Pondok Ar-Rahmaniah Ad-Diniah
Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan.
Mengikut daripada kronologi perkembangan sistem pondok. Pada
dasarnya sistem pendidikan agama pondok adalah berasaskan pendidikan yang
tiada had iaitu tiada batasan mengikut
had umur dan tidak dikira dari segi sudut jantina dan kebolehan
tertentu. Apa yang dikelaskan ialah kebolehan mengenai kebolehan seseorang
untuk membaca tulisan jawi dan boleh membaca Al Quran. Setiap individu samada
muda,tua lelaki atau perempuan tidak ada batasan dari had umur dan jantina
untuk mempelajari dalam bidang agama pondok ini.Dari segi penilaian,tidak ada
penilaian dari segi peperiksaan,yang ada hanyalah penilaian berdasarkan lulus
atau gagal. Sekiranya pelajar dalam bidang ini tidak lulus, maka dia
dikehendaki mengulangi sehinggalah lulus dan pergi kepada tahap
seterusnya.Perkara di atas ialah perkara yang berkaitan dengan personality asas
pendidikan agama pondok. Seterusnya ialah keterangan mengenai Sistem Pendidikan
Agama Pondok.
Sistem pengajian di Pondok
Lubuk Tapah masih mengekalkan sistem pengajian pondok tradisional dalam bentuk
yang asal iaitu lebih berdasarkan metode halakah dan kuliah. Berdasarkan metode
ini, pelajar akan membuka kitab berhadapan
dengan guru lalu guru tersebut
membaca dan membuat huraian bagi setiap kandungan kitab tersebut didalam majlis
kuliah yang diadakan.Pengajaran dan huraian dilakukan secara teliti dan
mendalam oleh guru bertujuan untuk memberi kefahaman yang jelas dan luas kepada
pelajar.
Mata pelajaran yang dipelajari di
sini meliputi hampir semua bidang asas pengajian islam seperti al-Quran,
Tauhid, Fiqh, Usul Fiqh, Tasawuf, Tafsir, Hadis, Mustalah Hadis, Sirah, Nahu,
Saraf, Balaghah dan lain-lain lagi.
Kitab-kitab yang dipelajari
di Pondok ini pula terdiri daripada kitab-kitab turath yang muktabar karangan
ulama-ulama mujtahidin dan lain-lainnya dalam bahasa Arab dan Melayu bertulisan
jawi.Tenaga-tenaga pengajarnya pula selain daripada tuan guru sebagai guru
utama beliau turut dibantu oleh tenaga-tenaga pengajar yang lain yang terdiri
daripada pelajar-pelajar lama.
Secara umumnya sistem
pengajian di Pondok Lubuk Tapah terbahagi kepada empat tahap mengikut kepada
kemampuan pelajar iaitu kelas rendah bagi pelajar yang baru hendak belajar
menulis dan membaca jawi. Tahap dua pula adalah kelas peralihan untuk pelajar
yang baru pandai membaca dan menulis jawi dan mereka biasanya mempelajari
kitab-kitab jawi yang rendah dan mudah difahami.Tahap tiga pula adalah kelas
menengah yang menyediakan kelas-kelas untuk pelajar yang sudah pandai dan
lancar membaca jawi. Mereka mengikuti kelas pengajian kitab-kitab jawi yang
agak tinggi serta turut diajarkan ilmu nahu ( tatabahasa arab ) dan
sorof.Tahap empat pula adalah untuk pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian
kitab-kitab arab yang dipanggil kelas tinggi/arab. Kebanyakan kitab-kitab arab
diajar oleh tuan guru sendiri.Seterusnya ialah aspek sistem penilaian.
Sistem penilaian seperti
peperiksaan tidak diwujudkan sebaliknya seseorang pelajar dibolehkan menyambung
ke peringkat yang lebih tinggi berdasarkan kemampuannnya memahami pelajaran
atau kitab yang baru dipelajari. Kebolehan akan dinilai dan akuan guru
merupakan syahadah yang tidak ternilai dan tidak ditolak oleh mana-mana pihak
pun. Bagi membuktikan kebolehan tersebut, pelajar hendaklah mempraktik dan
mengamalkan setiap titis ilmu yang dipelajari. Bagi pelajar-pelajar yang agak
lemah, mereka dikehendaki mengulangi semula pelajaran tersebut sehinggalan
mereka boleh menguasainya dengan baik sebelum menyambung ke peringkat
seterusnya.
Seperti mana yang telah
diterangkan di atas, waktu pembelajaran
di semua institusi pondok adalah hampir serupa. Para pelajar belajar tiga kali
sehari; pagi, petang dan malam. Waktu pembelajaran untuk sesi pagi ialah seusai
solat Fajar sehingga jam 12.00 tengahari. Waktu untuk sesi petang pula adalah
sebaik menunaikan solat Zohor sehingga masuknya waktu solat Asar. Manakala
waktu pembelajaran pada sebelah malam bermula selepas menunaikan solat maghrib
diikuti kuliah maghrib seterusnya selepas waktu isya’. Kelas-kelas pengajian
diadakan hampir tiap-tiap hari dan dibahagikan kepada tiga sesi iaitu sesi
pagi,petang ( bermula selepas zohor hingga selepas asar ) dan malam. Walaupun
hari jumaat dan sabtu diletakkan sebagai cuti mingguan pondok namun kelas tuan
guru bagi sesi malam masih berjalan seperti biasa.Tuan guru juga mengajar di
Madrasah Pondok Kubang Bemban ( Pondok ayah mertua beliau; Allahyarham Tuan
Guru Haji Ghani ) pada tiap-tiap hari sabtu mulai sebelas pagi hingga zohor.Apa
yang diterangkan di atas ialah mengenai pendidikan yang masih digunakan di
Pondok Lubuk Tapah. Seterusnya ialah perkembangan dan kronologi perkembangan
pendidikan agama pondok.
Mengikut daripada kronologi
perkembangan sistem pondok. Pada dasarnya
sistem pendidikan agama pondok
adalah berasaskan pendidikan yang tiada had iaitu tiada batasan mengikut had umur dan tidak dikira dari segi sudut
jantina dan kebolehan tertentu. Apa yang dikelaskan ialah kebolehan mengenai
kebolehan seseorang untuk membaca tulisan jawi dan boleh membaca Al Quran. Setiap
individu samada muda,tua lelaki atau perempuan tidak ada batasan dari had umur
dan jantina untuk mempelajari dalam bidang agama pondok ini. Dari segi
penilaian, tidak ada penilaian dari segi peperiksaan,yang ada hanyalah
penilaian berdasarkan lulus atau gagal. Sekiranya pelajar dalam bidang ini
tidak lulus,maka dia dikehendaki mengulangi sehinggalah lulus dan pergi kepada
tahap seterusnya.
Ruang Solat Utama di Madrasah Ar-Rahmaniah Ad-Diniah, Lubuk Tapah, Pasir Mas.
5.0 Kepentingan Sistem Pendidikan Pondok Sebagai
Pendidikan Awal dan
Kepada Perkembangan Pendidikan Hari Ini
Sebelum ini, kita juga telah melihat sejarah perkembangan
sistem pengajian pondok yang pada mulanya mendapat sambutan tetapi kian merosot
permintaannya berikutan kewujudan sekolah-sekolah sekular dan sekolah-sekolah
agama. Walaupun institusi ini mengalami pasang surut, para alim ulama dan guru
tidak pernah berpatah hati berputus harap sebaliknya terus berusaha memperjuang
institusi warisan Rasulullah S.A.W. ini. Hal ini terbukti apabila sistem
pengajian pondok mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke-20. Kejayaan ini
adalah hasil usaha para alim ulama terdahulu yang telah berjaya melahirkan
ramai anak murid berkebolehan dan menanam semangat kecintaan mereka dan masyarakat terhadap Allah.
Sebab lain yang mendorong
masyarakat menerima semula institusi ini adalah kerana kitab-kitab yang
digunakan telah diterjemah oleh para guru yang mahir. Tambahan pula,
kitab-kitab tersebut tidak lagi ditulis tangan tetapi dicetak. Dengan adanya
kitab-kitab bercetak ini, masyarakat dapat mengikuti “halaqah” pengajian agama
di pondok-pondok mahupun di masjid-masjid. Kewujudan kitab yang dicetak dan
dikarang dalam Bahasa Melayu telah membantu perkembangan institusi pondok
menjadikan ia sebuah institusi yang paling terkenal dengan pengajaran agama.
Tahun demi tahun berlalu,
pusat pengajian pondok telah mengalami era kebangkitan semula setelah sekian
lama dibekukan. Demi mempertahankan fungsinya sebagai pusat pengajian agama
yang paling berkesan, Pada tahun 1981, Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan
telah diserapkan ke dalam Universiti Malaya dan dikenali dengan Akademi
Pengajian Islam. Manakala pada tahun 1995, para guru dan alim ulama telah
mengambil inisiatif dengan menubuhkan Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB).
Pusat yang dibina di Kelantan itu adalah bermatlamat untuk membangunkan
pondok-pondok yang bernaung di bawahnya samaada dari aspek pentadbiran pondok,
kemudahan asas ataupun guru-guru yang yang mengajar. Antara sekolah-sekolah
pondok di bawah naungan PPPB ialah:
a)
Madrasah Diniah Bakriah (Pondok Pasir Tumbuh)
b)
Madrasah Rahmaniah (Pondok Lubuk Tapah)
c)
Madrasah Muhammadiah (Pondok Sg.Durian)
d)
Madrasah Yusufiah (Pondok Gelang Mas)
Warna kegemerlapan institusi
pondok semakin terlakar indah dan jelas kelihatan apabila ia melahirkan ramai
cendekiawan terkenal di rantau ini. Walaupun sistem pendidikan moden tumbuh
bagai cendawan selepas hujan, ini sedikit pun tidak menggugat sistem pengajian
pondok secara keseluruhannya. Para pencinta dan pendokong institusi pondok
masih mengekalkan sistem pengajian pondok yang asal, dan ada juga yang
menggabungkan kedua-dua sistem persekolahan dan sistem pengajian pondok,
dikenali sebagai “sistem ala-pondok”. Di antara sekolah-sekolah pondok yang
masih mengekalkan identiti dan sistem pengajian tradisional adalah Pondok Pasir
Tumbuh Kota Bharu, Pondok Sungai Durian Kuala Krai dan Pondok Lubuk Tapah Pasir
Mas.
Walaupun begitu, terdapat
sedikit pengubahsuaian dari sudut kurikulum dan kokurikulum dalam system
pengajian pondok.Umumnya,kurikulum di sekolah pondok selepas merdeka
mengandungi empat tahap:
Tahap1 : Mengenal Al
Quran
Tahap 2 : Belajar
kitab-kitab jawi kecil dan asas Bahasa Arab.
Tahap 3 : Belajar kitab-kitab
jawi besar dan kitab arab kecil.
Tahap 4 : Menghabiskan
kitab-kitab.
Seperti juga
kaedah yang digunakan sebelum merdeka, seseorang pelajar akan didedahkan kepada
kitab yang rendah (asas) sebelum berpindah ke kitab yang besar. Berkaitan
dengan kokurikulum pula, para
pelajar akan diajar cara-cara
untuk bersyarah, berzanji, berzikir, menjadi Imam solat dan menyampaikan ceramah atau tazkirah. Tidak
terhad dengan itu, para pelajar juga didedahkan dengan kerja-kerja kebajikan
yang membabitkan masyarakat setempat. Nyata, sistem pengajian pondok sudah mengambilkira
keperluan semasa dengan mendedahkan pelajar kepada aktiviti-aktiviti sosial.
Bermuamalah dengan orang sekeliling adalah salah satu cara mereka berdakwah
selain cara berpakaian dan perilaku yang sopan yang mampu menjadi teladan
terutama kepada golongan belia di luar sana. Semoga usaha yang dilakukan oleh
warga sekolah pondok ini tidak terhenti di tengah jalan dan terus bernafas demi
menaikkan lagi nama institusi tersebut dan seterusnya meningkatkan penguasaan
mereka dan masyarakat sekeliling terhadap agama Allah.
Saf-saf Pimpinan Madrasah Ar-Rahmaniah Ad-Diniah, Lubuk Tapah, Pasir Mas.
6.0 Rumusan
Pondok adalah sebuah tempat pengajian yang
menjalankan sistem pengajiannya yang tersendiri. dan unik. Sistem talaqi
(Menadah kitab) merupakan sistem utama yang diamalkan di pondok. Di sini
Tuan-tuan Guru bukan setakat sebagai seorang tenaga pengajar, akan tetapi
sebagai qudwah (teladan) bagi pelajar-pelajar, di samping sebagai penasihat dan
pembimbing pelajar tersebut sepanjang masa. Perkara ini berterusan sehinggalah pelajar
tersebut mampu untuk membaca kitab sendiri seterusnya sudah mampu berdiri
sendiri dan keluar sebagai seorang Tuan Guru yang baru untuk mengembangkan
sistem pondok ini khususnya dan islam amnya.
Dini
kita dapat tafsirkan bahawa banyak kelebihan mempelajari ilmu agama. Antaranya
ialah dapat menghidupkan sunnah Nabi Muhammad s.aw. Sesiapa yang menghidupkan
Sunnah di zaman kerosakan umat akan mendapat ganjaran 100 pahala syahid.
Seterusnya, menuntut ilmu adalah suatu bentuk jihad. Sesiapa yang keluar dari
rumahnya dengan niat ingin menuntut ilmu, para malaikat akan mengiringinya
sambil menghamparkan sayap-sayap mereka, dan orang itu akan berjalan di atas
sayap-sayap para malaikat. Seandainya dia mati dalam perjalanan, matinya itu
adalah mati syahid. Disamping itu, syaitan benci dan takut kepada seorang yang
berilmu lebih daripada 1000 orang abid, kerana tugas Syaitan ialah untuk
menyesatkan manusia, tetapi seorang yang berilmu pula boleh mengembalikan
mereka semula ke pangkal jalan.
Orang-orang yang berhimpun dalam majlis dzikrullah akan diampuni
dosa-dosanya oleh Allah. Bukan setakat itu saja, dosa ibu bapa mereka juga akan
diampunkan. Majlis dan rahmat yang melimpah akibat daripada kehadiran mereka,
ia menjadikan majlis ilmu seperti pendidikan pondok sebuah majlis sakinah
(ketenangan). Ketika para Sahabat RA menghadiri majlis ta'alim yang
dikendalikan oleh Rasulullah SAW, suasana menjadi sungguh tenang hinggakan
burung-burung datang dan bertenggek di atas bahu dan kepala mereka tanpa
sedikit pun rasa takut. Dengan rahmat ini juga, Allah membersihkan dan
melembutkan hati manusia di sekeliling dan memberi hidayah kepada mereka.
(Sebab itulah, kita juga digalakkan untuk buat majlis ta'alim di rumah, agar
ahli keluarga kita juga akan dapat hidayah, biarpun yang nampak hanya kita
seorang saja yang baca kitab ta'alim, tetapi para malaikat sebenarnya ada
bersama kita dan sedang mendengar apa yang kita bacakan.)
sebelum merdeka takde ke?
ReplyDelete