“Muslim yang terbaik adalah muslim yang membuatkan muslim lainnya selamat dan merasa aman dari gangguan lisan dan tangannya.” (HR. Bukhari)Dibawah, ada beberapa perkara yang boleh kita ELAKKAN dalam pergaulan dengan orang lain:
a. Menghindari Penghinaan.
Apa – apa pun yang bersifat merendahkan, ejekan, penghinaan dalam segala bentuk terhadap seseorang, baik tentang keperibadian, bentuk tubuh, dan sebagainya, JANGAN kita lakukan. kerana tiada masalah yang selesai dengan mencela, merendahkan. Yang ada adalah perasaan sakit hati serta rasa dendam.
b. Hindari Ikut Campur Urusan Peribadi.
Hindari ikut campur urusan peribadi seseorang yang tidak ada manfaatnya jika kita terlibat. Seperti yang kita maklum, setiap orang mempunyai urusan peribadi yang sangat sensitif, yang bila terusik nescaya akan menimbulkan pertengkaran.
c. Hindari Menjampuk Percakapan
Sungguh jengkel bila kita sedang berbicara kemudian tiba-tiba dipotong dan disangkal. Ia berbeza dengan kata – kata yang dicelah dengan sopan dan dengan cara yang arif tentang perkara tersebut. Nescaya kita pun akan berkecenderungan menghargainya bahkan mungkin menerimanya. Maka latihlah diri kita untuk bersabar dalam mendengar dan memberi pendapat dengan cara yang terbaik pada waktu yang tepat.
d. Hindari Membandingkan.
d. Hindari Membandingkan.
Jangan pernah dengan sengaja membandingkan jasa, kebaikan, penampilan, harta, kedudukan seseorang sehingga yang mendengarnya merasa dirinya tidak berharga, rendah atau merasa terhina.
e. Jangan Membela Musuhnya, Mencaci Kawannya.
e. Jangan Membela Musuhnya, Mencaci Kawannya.
Membela musuh maka dianggap menyertai dengan musuhnya, begitu juga mencaci kawannya bererti memusuhi dirinya. Bersikaplah neutral, sepanjang diri kita menginginkan kebaikan bagi semua pihak, dan sedar bahawa untuk berubah harus bersedia menjalani proses dan tahap – tahap tertentu.
f. Hindari Merosakkan Kebahagiannya.
f. Hindari Merosakkan Kebahagiannya.
Bila seseorang sedang berbahagia, janganlah melakukan tindakan yang akan merosak kebahagiaanya. Contohnya, ada seseorang yang merasa beruntung mendapatkan hadiah dari luar negeri, padahal kita tahu bahawa barang tersebut buatan dalam negeri, maka kita tak perlu menyampaikannya, biarlah dia berbahagia mendapatkan ole-ole tersebut.
g. Jangan Mengungkit Masa Lalu.
g. Jangan Mengungkit Masa Lalu.
Jika yang diungkit adalah kesalahan, aib atau kekurangan yang sedang berusaha untuk ditutupi. Ingatlah bahawa setiap orang memiliki kesalahan yang sangat ingin disembunyikannya, termasuk diri kita. Maka jangan pernah untuk mengungkit dan membebelkannya. Perkara ini sama dengan mengajak bermusuhan.
h. Jangan Mengambil Haknya.
h. Jangan Mengambil Haknya.
Jangan pernah terfikir untuk menikmati hak orang lain, setiap gangguan terhadap hak seseorang akan menimbulkan rasa tidak suka yang tentu akan merusak hubungan. Sepatutnya kita harus belajar menikmati hak kita, agar bermanfaat dan menjadi bahan untuk kebahagiaan orang lain.
i. Hati-Hati Dengan Kemarahan.
Bila terasa marah, maka waspadalah kerana kemarahan yang tak terkawal biasanya menghasilkan kata-kata dan perilaku yang keji, yang sangat melukai, dan tentu perbuatan ini akan menghancurkan hubungan baik mana – mana pun.
j. Jangan Menertawakannya.
Sebahagian besar dari sikap mentertawakan seseorang adalah kerana kekurangannnya sendiri, baik sikap, penampilan, bentuk rupa, ucapan dan lain sebagainya,dan ingatlah bahawa tertawa yang tidak pada tempatnya serta berlebihan akan mengundang rasa sakit hati.
k. Hati-hati Dengan Penampilan, Bau Badan dan Bau mulut.

Tidak ada salahnya kita selalu menjaga penampilan, bau badan atau mulut kita, kerana penampilan atau bau badan yang tidak segar akan membuat orang lain merasa terganggu, dan menghindari kita.
Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha, pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi. Dalam mencari perhatian, pertolongan dan kasih dari orang lain, kita juga perlu berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabat.

No comments:
Post a Comment