Tatkala seorang jejaka memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah "handsome kah aku?", "adakah otot-otot aku semantap Arnold Schwarzenegger?" dan seumpamanya.
Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin :
1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?
2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?
3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?
4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?
5. Ikhlaskah aku dalam beramal?
6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?
7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?
8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?
9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?
10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?
11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?
12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?
13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?
14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?
15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?
16. Adakah aku seorang pemaaf?
Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka anda memiliki ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita!
1.0Asal Usul Nama Malaysia dan Konsep Penubuhan Malaysia
1.1
Asal Usul Nama Malaysia
“Malaysia”, menurut
beberapa orang pengembara Barat dan ahli antropologi, merujuk suatu wilayah
budaya yang kira-kira sama dengan apa yang dikenali oleh orang Melayu pada
tahun 1920-an sebagai “Alam Melayu” di Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu,
kepulauan Indonesia dan kepulauan Filipina hari ini. A.L. Kroeber, dalam
bukunya, Anthropology, yang
diterbitkan pada tahun 1923 menggunakan istilah “Malaysia” untuk merujuk
Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Asia Tenggara yang para penghuni
ibundanya mempunyai ciri-ciri utama fizikal dan budaya Malayo-Polinesia yang
membentuk watak rantau itu.
Sewaktu membantah nama “Malaya” yang
dikemukakan Perikatan kepada Suruhanjaya Reid pada tahun 1956, Dato’ Onn Jaafar
berhujah bahawa nama “Malaysia” lebih sesuai kerana ada kemungkinan Semenanjung
Tanah Melayu akan digabungkan dengan wilayah-wilayah jajahan British yang lain
di Asia Tenggara pada masa depan.[1]
1.2 Konsep Penubuhan Malaysia
Pada
tahun 1887, Lord Brassey iaitu Pengarah Syarikat Borneo Utara British yang
pernah mengemukakan pandangan kepada
pihak British supaya mencantumkan Tanah Melayu
untuk membentuk sebuah tanah jajahan yang besar. Pada tahun 1950-an,
cadangan yang sama disuarakan oleh
Malcolm MacDonald, iaitu Pesuruhjaya Tinggi British di Asia Tenggara selepas
Perang Dunia Kedua. Beliau merupakan orang yang pertama memegang jawatan
tersebut yang menunjukkan sikap bersungguh-sungguh bagi merealisasikan idea
Malaysia.[2]
Selain
itu, idea ini juga dikemukakan oleh golongan bawah atau kiri terutamanya Dr.
Burhanuddin al-Helmi dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Dalam Kongres
PKMM di Ipoh, Perak pada 30 November 1945 satu resolusi telah dicapai iaitu “ Malaya adalah sebahagian daripada Indonesia
Raya dan Merah Putih (Sang Saka Putih bendera Indonesia) adalah bendera PKMM”
(Ramlah Adam. 1994). Walau bagaimanapun mereka merupakan golongan kiri maka idea ini
tidak dilaksanakan.[3]
2.0Faktor-faktor Pembentukan Malaysia
2.1Keselamatan
Ekoran
perkembangan politik di Singapura yang begitu meruncingkan, pada tahun 1948
Singapura makin dikuasai oleh komunis dan pemimpin yang berfahaman radikal.
Golongan ini masih dapat dikawal oleh kerajaan British. Perlembagaan peralihan
akan tamat pada tahun 1963 dan dijangka Singapura akan menuntut kemerdekaan
penuh dan kuasa mengendalikan kerajaan sendiri daripada British. Pada masa ini,
Singapura diperintah oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang dipimpin oleh Lee
Kuan Yew. Pada tahun, 1960 berlaku perpecahan dalaman dalam PAP. Golongan Kanan
dalam PAP yang dipimpin oleh Ong Eng Guan (Menteri Pembangunan) telah
mengkritik kepimpinan Lee Kuan Yew yang didakwa menyeleweng daripada perjuangan
asal PAP. Akibatnya, Ong Eng Guan telah dipecat sebagai ahli PAP, Ong telah
meletak jawatan sebagai wakil rakyat. Ong telah menubuhkan parti pemerintahan
iaitu United Peoples Party (UPP) yang memperjuangkan pemerintahan penuh dan
kemerdekaan segera bagi Singapura. Kemenangan Ong dalam pilihan raya dan
penubuhan (UPP) telah menggugat kedudukan Lee Kuan Yew sebagai perdana menteri.
Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis akan melemahkan PETIR pada masa akan
datang kerana banyak pengaruh komunis. Hanya dengan percantuman Singapura dan
Persekutuan Tanah Melayu sahaja kedudukan Lee Kuan Yew dapat diselamatkan.
Selain itu, Tunku Abdul Rahman bimbang pengaruh komunis akan merebak ke seluruh
Persekutuan Tanah Melayu. [4]
2.2Ancaman
Komunis
Lee Kuan Yew menggunakan alasan
pengaruh komunis di Singapura untuk mendesak British menggabungkan Singapura
dengan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau berkeyakinan bahawa Persekutuan Tanah
Melayu mempunyai pengalaman dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya
pada Zaman Darurat (1948-1960). Selain itu, Clandestine
Communist Organization (CCO) berjuang untuk menjadikan Sarawak sebagai
negara komunis. Ancaman komunis ini menyebabkan Tunku Abdul Rahman mengemukakan
cadangan pembentukan Malaysia dengan menggabungkan Singapura, Sarawak, Brunei,
dengan Persekutuan Tanah Melayu.[5]
2.3Kemerdekaan
Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura
masih belum mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British. Negeri-negeri
jajahan British ini masih belum mampu berkerajaan sendiri. Penyertaan mereka
dalam Malaysia akan menjamin kemerdekaan yang lebih awal kerana Malaysia dijangka akan dibentuk dalam tempoh dua
tahun. Negeri-negeri tersebut juga dapat menikmati pembangunan politik, ekonomi
dan sosial selaras dengan Persekutuan Tanah Melayu. [6]
Kerajaan British telah mencadangkan pemerintahan sendiri bagi wilayah-wilayah
Borneo atau bercantum dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tunku sebaliknya
berpendapat bahawa pelaksanaan dasar ini terlalu memakan masa yang panjang dan
kemungkinan memberi peluang kepada komunis untuk menjalankan kegiatan mereka.
Mereka akan diberi hak dan taraf yang sama dengan yang dimiliki oleh
negeri-negeri anggota Persekutuan Tanah Melayu. Tambahan pula, sekiranya
Sarawak dan Borneo Utara cuba mencapai kemerdekaan secara sendirian, besar
kemungkinan kemerdekaan sukar dicapai. [7]
2.4Dekolonialisasi
British
Pembentukan Malaysia adalah selaras
dengan hasrat dasar dekolonialisasi British terhadap negara-negara kecil yang
belum membangun. Pada tahun 1960, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) telah menimbulkan usul agar tanah-tanah jajahan diberi
kemerdekaan. [8]
Kemasukan wilayah-wilayah Borneo ke dalam gagasan Malaysia merupakan jawapan
terbaik untuk melenyapkan kesan-kesan penjajahan British di Asia Tenggara.
Britain juga telah tergugat dengan usul Bangsa-bangsa Bersatu yang menyeru
penamatan penjajahan seluruh dunia. Dengan tertubuhnya Malaysia, mereka akan
mendapat layanan yang istimewa sebagaimana yang telah dilaksanakan di
Persekutuan Tanah Melayu. [9]
2.5Kestabilan
Politik
Pembentukan Malaysia diharap dapat
menjamin kestabilan politik di rantau Asia Tenggara. British berharap
pembentukan Malaysia dapat mengahalang
penyebaran pengaruh komunis di Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak.
British perlu mewujudkan kestabilan politik serantau untuk memastikan kepentingan
mereka terus terkawal terutama pengkalannya di Singapura.[10]
Dalam konteks penghapusan saki baki penjajahan British, dengan kemerdekaan
Singapura kemungkinan akan menghalang Britain daripada mengekalkan pengkalannya
di situ. Ini disebabkan oleh kenyataan yang dikeluarkan oleh Duncan Sandys,
Menteri Pertahanan British pada bulan April 1959:[11]
‘ Tiada keraguan
tentang pengekalan pangkalan British di Singapura. Ia adalah paksi bagi
kedudukan tentera kami di Timur Jauh dan kami tidak pernah terfikir untuk menukarkannya.’[12]
2.6Ekonomi
Perkembangan ekonomi tidak seimbang
dalam negeri-negeri Sarawak, Sabah dan Persekutuan Tanah Melayu. Ekonomi Sabah
dan Sarawak masih mundur berbanding dengan negeri-negeri lain. Pembentukan
Malaysia akan mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan akan menguntungkan
negeri-negeri yang mundur. Penubuhan Malaysia akan mewujudkan pasaran yang
lebih luas yang akan menggalakkan lagi pelaburan dan memanfaatkan sumber yang
sedia ada, misalnya Tanah Melayu kaya dengan bijih timah dan getah, Sarawak dan
Sabah kaya dengan sumber balak dan Brunei kaya dengan sumber minyak.[13]
2.7Keseimbangan
Kaum
Penggabungan Persekutuan Tanah
Melayu dengan Singapura akan menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum di
negara kita. Singapura mempunyai bilangan orang Cina yang lebih ramai. Sabah,
Sarawak dan Brunei mempunyai bilangan bumiputera yang lebih ramai. Penyertaan
negeri-negeri tersebut dalam Malaysia dapat mengimbangi kaum di kalangan negara
anggota.[14]
Menurut Tunku Abdul Rahman, orang Cina
merupakan satu bangsa yang materialistik dan berfikiran praktikal. Mereka tidak
suka dengan politik tempatan tetapi lebih suka tinggal ditempat yang aman damai
agar mereka dapat menjalankan perniagaan dan keuntungan. Orang Melayu dari segi
ekonomi, mereka tidak dapat bertanding dengan orang cina yang gigih menjalankan
perniagaan untuk rezeki hidup. Penggabungan Borneo dan Sarawak akan
mengurangkan perasaan tidak puas hati orang Melayu terhadap orang cina. Dalam
pilihan raya kecil Municipal 1963, Perikatan Sabah dan Perikatan Sarawak telah
menang dan ini memberi mereka mandat untuk merundingkan syarat-syarat kemasukan
ke dalam Persekutuan Malaysia.[15]
3.0Proses
Pembentukan Malaysia
3.1Jawatankuasa
Perundingan Perpaduan Malaysia
Pada 23 Julai 1961, satu mesyuarat
Persatuan Parlimen Komanwel cawangan Persekutuan Tanah Melayu dan Borneo telah
diadakan di Singapura. Mesyuarat tersebut telah bersetuju menubuhkan
Jawatankuasa Perundingan Malaysia (JPPM) yang dipengerusikan oleh Donald
Stephen. JPPM bertujuan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep
Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei.
Jawatankuasa ini telah bersetuju
mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold. Antara lain,
jawatankuasa ini bersetuju Perlembagaan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas kepada
Perlembagaan Malaysia. Jawatankuasa ini berpendapat bahawa perkara yang
dianggap penting perlu dinyatakan dengan tegas kepada Suruhanjaya Cobbold
supaya masa depan wilayah-wilayah Borneo terjamin.
3.2Suruhanjaya
Cobbold
Suruhanjaya ini ditubuhkan
bertujuan meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan
Malaysia. Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dua orang ahli
dari kerajaan British iaitu Anthony Abell dan David Watherson. Dua dari
kerajaan Persekutuan Tanah Melayu iaitu Ghazali Shafie dan Wong Pow Nie. Mereka
telah berjumpa dengan 4000 orang dan menerima 2200 memorandum dan surat yang
dikemukakan oleh pelbagai persatuan. [16]
Pada 1 Ogos 1962, mereka membuat satu
pengumuman bahawa kedua-dua kerajaan sebulat suara menerima hampir semua
cadangan yang dibuat oleh suruhanjaya itu.
3.3Jawatankuasa
Antara Kerajaan
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
ditubuhkan untuk menyelerengarakan perkara berkenaan gagasan Malaysia sebelum
bulan Disember 1962. Peranan yang dimainkan oleh JAK telah menyakinkan
wilayah-wilayah Borneo bahawa mereka tidak akan dijajah dalam persekutuan yang
baru itu. JAK telah menerima sebahagian besar syarat dan jaminan yang diminta
oleh negeri-negeri Borneo sehingga beberapa peruntukan menunjukkan keadaan khas
negeri-negeri Borneo telah dijamin dalam perlembagaan Malaysia.
3.4Pungutan
Suara Singapura
Tentangan hebat pihak komunis dan
Parti Barisan Sosialis telah memaksa kerajaan Singapura mengadakan pungutan
suara untuk membuktikan sokongan rakyat.
Golongan pembangkang telah menjalankan kempen menyatakan bahawa rancangan
Malaysia merupakan rancangan penjajahan era baru (neo-colonialist) dan rakyat Singapura akan menjadi rakyat kelas
kedua dalam Malaysia nanti. Kerajaan Singapura telah menetapkan tiga pilihan
yang akan ditentukan oleh rakyat iaitu, Pilihan ‘A’ penyatuan mengikut syarat
kertas putih. Kedua, Pilihan ‘B’ atau penyatuan sebagai salah sebuah negeri
dalam Persekutuan Tanah Melayu yang membawa kepada penguatkuasaan di Singapura
mengenai dasar-dasar buruh dan pelajaran Persekutuan yang sedia ada di
Singapura. Pilihan ‘C’ percantuman dengan syarat yang tidak kurang daripada
yang diberikan kepada wilayah-wilayah Borneo. Akhirnya, apabila pungutan suara
dijalankan pada 1 September 1962 71 peratus menyokong gagasan Malaysia.
3.5Tuntutan
Filipina ke atas Sabah
Semenjak awal tahun 1962 beberapa
orang perseorang termasuk pegawai-pegawai tinggi kerajaan Filipina telah
menyuarakan hasrat supaya kerajaan Filipina menuntut hak ke atas Sabah sebagai
waris Sultan Sulu. Apabila ada sokongan terhadap usaha untuk menyatukan
negeri-negeri Borneo dengan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura, hal ini membimbangkan Filipina.
Sekiranya kerajaan Filipina ingin menuntut Sabah, mereka perlu mengambil
tindakan sebelum Sabah memasuki Malaysia. Menurut tuntutan mereka, asal
pemindahan wilayah Borneo Utara daripada Kesultanan Sulu pada tahun 1778 adalah
dalam bentuk pajak dan bukan jualan. Ini dapat dibuktikan dengan adanya
pembayaran tetap tahunan oleh Syarikat Borneo Utara kepada Sultan Sulu dan
waris-warisnya sebanyak $5000 setahun sebagai bayaran pajakan dan bukannya
bayaran ganti rugi penyerahan. Pihak British pula berkeras mengatakan
penyerahan itu sebagai penyerahan hak dan kedaulatan kerana dalam penyerahan
itu dinyatakan:
‘……….all the territories and lands on the mainland of the island of
Borneo commencing from the Pandassan River on the Nort-west coast and extending
along the whole coast as far as the Sibuco River…..declared vested on the said
Baron de Overbeck and Alfred Dent co-jointly their, associates, successors, or
assigns for as long as they choose or desire to hold them.’
Walaubagaimanapun,
rundingan yang diadakan di london dari 28 Januari hingga 1 Februari 1963 gagal
kerana British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Oleh itu
Filipina telah menuduh rancangan Malaysia sebagai usaha British untuk
menjalankan penjajahan dalam bentuk baru.[17]
3.6Pemberontakan
di Brunei
Parti Rakyat Brunei telah menentang
sekeras-kerasnya kemasukan negeri tersebut ke dalam Malaysia. Sheikh A.M.
Azahari, ketua Parti Rakyat Brunei berkehendakkan supaya satu gagasan politik
yang dikenali sebagai Kerajaan Borneo Utara ditubuhkan bagi menggantikan
cadangan Tunku Abdul Rahman. Parti tersebut seterusnya cuba membawa usul
tersebut ke Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei bagi menentang usul
Malaysia. Apabila usul tersebut ditangguh-tangguhkan, A.M. Azahari telah
melancarkan satu pemberontakan di Brunei. Walaupun pemberontakan tersebut dapat
dipatahkan oleh Kerajaan British, tetapi PTM berpendapat bahawa kemasukan
Brunei selanjutnya mungkin boleh menimbulkan pelbagai masalah politik. Akhirnya
isu kemasukan Brunei ke Malaysia dibatalkan.[18]
3.7Konfrontasi
Malaysia
Pemberontakan yang telah dilakukan
oleh Parti Rakyat Brunei mendapat sokongan Kerajaan Indonesia yang dipimpin
oleh Presiden Sukarno. Parti Komunis Indonesia merupakan satu punca di
Indonesia yang membuat kecaman dari semasa ke semasa terhadap rancangan
Malaysia. Sambutan pihak Indonesia tentang pemberontakan Parti Rakyat Brunei
itu merupakan lanjutan kepada kecaman Indonesia terhadap gagasan Malaysia. Pada
20 Januari 1963, Menteri Luar Indonesia Dr. Subandrio telah mengumumkan dasar
konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia baik dari segi ekonomi, mahupun
kemasyarakatan. Tentangan daripada
Indonesia ini akhirnya meluas hinggalah timbul pertentangan tentera di antara
Indonesia dengan Persekutuan Tanah Melayu dan juga wilayah-wilayah British di
Borneo dan Singapura.
3.8Gagasan
Maphilindo dan Suruhanjaya Bangsa-bangsa Bersatu
Usaha-usaha dijalankan untuk
mencari jalan keluar daripada persengketaan yang wujud antara Indonesia dan
Filipina di satu pihak dan Persekutuan Tanah Melayu serta wilayah-wilayah yang
hendak menubuhkan Malaysia di satu pihak yang lain. Persidangan Kemuncak
diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 5 Ogos 1963, antara Presiden Soekarno,
Presiden Macapagal dan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman. Dalam persidangan
ini, ketiga-tiga ketua kerajaan bersetuju menerima dan mengesahkan Persetujuan
Manila yang telah dicapai oleh Menteri-menteri mereka. Mereka juga telah
bersetuju menguatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan dan
politik serta mengambil langkah-langkah perlu untuk menubuhkan satu ikatan bagi
ketiga-tiga negara itu yang akan dikenali sebagai ‘MAPHILINDO’. Menurut
Persetujuan Manila yang telah diisytiharkan pada 5 Ogos dahulu, kerajaan
Indonesia dan Filipina akan mengakui penubuhan Malaysia jika kemahuan rakyat
Borneo itu disahkan oleh Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu.
Oleh kerana banyak salah faham
timbul akibat berlainan pendapat tentang peranan Bangsa-bangsa Bersatu, makan
apabila Bangsa-bangsa Bersatu, maka apabila Bangsa-bangsa Bersatu mengumumkan
bahawa sebahagian besar rakyat Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia,
kerajaan Indonesia dan Filipina tidak mahu menerima keputusan tersebut. Dengan
itu kerajaan Indonesia meneruskan lagi polisi ‘konfrontasi’ dan ‘mengganyang
Malaysia’.[19]
3.9Perisytiharan
Penubuhan Malaysia
Rundingan terakhir antara
negeri-negeri yang akan memasuki
Malaysia telah diadakan di London pada tahun 1963. Apabila semua pihak
bersetuju dengan syarat-syarat percantuman itu, Perjanjian Malaysia
ditandatangani pada 8 Julai 1983, di Marlborough House, London, antara Great
Britain, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Perjanjian ini
membenarkan peralihan kedaulatan Britain ke atas Sabah, Sarawak dan Singapura
pada Ogos 1963. Kerajaan Malaysia
ditubuhkan pada 16 September 1963. Persekutuan Malaysia telah lahir dengan satu
‘pemasyhuran rasmi’ di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
[1] Andaya, B & Andaya, L., 2001. A History Of Malaysia (2nd
ed.), Honolulu: University of Hawaii Press, hlm. 13.
[2] Fuziah Shaffie & Ruslan Zainuddin, 2001. Sejarah Malaysia,
Selangor: Penerbit Fajar Bakti, hlm. 444.
[3] Ismail Said, 2012. Sejarah Malaysia Moden, Selangor: Penerbitan
Multimedia, hlm. 92.
[4] Mahdi Shuid, Suzani Osman & Sazlina Othman, 2005. Sejarah
Malaysia, Selangor: Pearson Malaysia, hlm. 241.
[5] K. Ratnam, 2006. Sejarah Kertas 940/2 – Malaysia, Asia Tenggara,
Asia Selatan dan Asia Timur, Selangor: Pustaka Sarjana, hlm. 224.
[16] Antara perkara-perkara yang dipersetujui sebulat suara oleh
ahli-ahli suruhanjaya ialah:
1.Perlembagaan Malaysia yang
hendak ditubuhkan hendaklah diasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1957.
2.Malaysia adalah nama yang
paling sesuai bai negara yang hendak ditubuhkan itu.
3.Ada persetujuan dalam soal
penghijrahan baik dari luar negeri ataupun dari Semenanjung Malaysia dan
Singapura di mana Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak ada kuasa untuk menentukan
kemasukan orang luar.
4.Perkara berkenaan soal agama
ditentukan oleh Majlis Undangan Sabah dan Sarawak.
5.Bahasa Melayu dijadikan Bahasa
Kebangsaan. Bahasa Inggeris dan Melayu dalam hal tertentu dan bahasa kaum
bumiputera di Sabah dan Sarawak dijadikan bahasa rasmi.
Sebelum
wujudnya sebuah masyarakat yang bertamadun atau mempunyai peradaban yang
tinggi, sudah wujud satu zaman yang dikenali sebagai zaman prasejarah. Ini
dapat dibuktikan melalui fakta sains tentang pembentukan bumi sejak 4 600 juta
tahun yang lampau dengan kehidupan di dasar laut bermula 1000 juta tahun lampau
dan darat 600 juta tahun kemudiannya. Perubahan umum dalam perkembangan
pensejarahan manusia boleh dibahagikan kepada dua zaman iaitu zaman batu yang
sering dikaitkan dengan zaman prasejarah dan zaman logam yang dikaitkan dengan
zaman sejarah. Malahan zaman prasejarah mempunyai pengertian dan ciri-ciri
masyarakat yang tersendiri sebelum wujudnya zaman sejarah dan tamadun awal
manusia.
Istilah
prasejarah tidaklah wujud sejak era kegemilangan ahli falsafah Yunani yang
dikenali sebagai bapa sejarah seperti Herodutus. Ia hanya muncul secara tidak
langsung dalam abad ke 18 apabila seorang kurator muzium di Perancis iaitu
Tournal telah mempelopori penggunaan istilah prasejarah dalam usahanya untuk
mencatat perkembangan manusia sebelum wujudnya sistem tulisan. Walau
bagaimanapun istilah prasejarah hanya diketengahkan dalam aspek penulisan
sejarah dalam tahun 1851 oleh seorang penulis Scotland iaitu Daniel Wilson
dalam artikelnya bertajuk “The Archeology of Prehistorie Annals of Scotland”.
Semenjak itulah istilah prasejarah mula mendapat tempat dalam bidang penulisan
ilmiah dan ianya terus menjadi rujukan sebagai satu zaman yang wujud sebelum
era sejarah lagi. Malahan Frank Hole dan Robert F. Heizer mentakrifkan
prasejarah sebagai sebahagian daripada masa silam manusia yang tidak
dicatatkan.
Kemunculan
zaman prasejarah tidak dapat dipastikan dan titik permulaan dikatakan berlaku
sejak 3 juta tahun yang lampau di benua Afrika apabila muncul beberapa kumpulan
primat yang mempunyai ciri-ciri manusia. Walaupun begitu, apa yang dapat
dipastikan ialah permulaan zaman prasejarah adalah berbeza-beza mengikut
kawasan dan bukti yang jelas ialah kewujudan zaman prasejarah di benua Amerika
hanya berlaku sekitar 20 000 tahun yang lampau. Disebabkan belum wujudnya
sistem tulisan, secara langsung kelompok manusia pada masa itu tidak mempunyai
kebolehan untuk merekod dan mencatat segala bentuk aktiviti yang berkaitan
dengan kehidupan mereka. Para sejarawan hanya dapat membuat interpretasi
terhadap bukti-bukti arkeologi yang ditinggalkan oleh masyarakat prasejarah
seperti ekofak, artifak, feature dan fosil. Oleh yang demikian zaman prasejarah
merupakan zaman yang berlaku sebelum wujudnya sistem tulisan dan kemunculannya
adalah berbeza-beza mengikut kawasan dan tempat.
Antara
ciri-ciri utama masyarakat prasejarah ialah kewujudan beberapa kumpulan atau
spesis manusia yang tertentu. Walau pun kewujudan kelompok manusia sudah
bermula sebelum zaman prasejarah, tetapi ciri-ciri kelompok manusia prasejarah
adalah lebih dekat dengan ciri-ciri manusia moden. Manusia prasejarah berasal
dari kumpulan Hominids yang terbahagi kepada tiga kelompok utama iaitu
Homoerectus atau “upright man”, Homo Neanderthalis, dan Homo Sapiens atau
“thinking man”. Setiap kelompok mempunyai ciri yang berbeza dan lokasi
kewujudan yang berbeza-beza. Contohnya ialah kewujudan golongan Homoerectus di
Jawa, China, dan Tanzania sekitar 500 000 SM yang lampau. Manakala golongan
Homo Neanderthalis terdapat di Jerman dan golongan Homo Sapiens yang dikatakan
sebagai manusia moden sepenuhnya terdapat di Afrika, Eropah, Australia, Asia,
dan Amerika Syarikat.
Secara
keseluruhannya, peralatan utama yang digunakan oleh masyarakat prasejarah
adalah berasakan kepada batu. Setiap daripada zaman prasejarah menunjukkan
penggunaan peralatan yang berbeza dan berlaku peningkatan yang jelas
dalam penghasilan peralatan batu dari aspek fungsi dan nilai estetika
yang diterapkan dalam setiap zaman. Apa yang paling ketara ialah peralatan batu
digunakan untuk aktiviti berburu dan pada zaman Mesolitik, penciptaan anak
panah adalah bukti menunjukkan kepentingan peralatan dalam kegiatan pemburuan
masyarakat. Walau pun begitu, peralatan lain terutamanya tembikar turut
digunakan oleh masyarakat prasejarah. Ini adalah kesinambungan daripada
pengetahuan tentang api pada zaman Paleolitik dan tembikar digunakan untuk memasak
dan menyimpan makanan serta air.
Kegiatan
ekonomi pula adalah berubah-ubah mengikut tahap dan ia berkait rapat dengan
ciri-ciri lain yang digambarkan dalam masyarakat prasejarah. Masyarakat
prasejarah awal iaitu zaman Paleolitik dan Mesolitik adalah berasaskan kepada
aktiviti pemungutan hasil hutan dan laut, pemburuan binatang, dan kegiatan
menangkap ikan. Kegiatan ekonomi yang berkonsepkan sara diri ini kemudiannya
melalui perubahan yang amat ketara pada zaman Neolitik. Ini adalah disebabkan
oleh berlakunya revolusi dalam kegiatan ekonomi di mana masyarakat zaman
Neolitik mula melibatkan diri dalam bidang pertanian dan penternakan binatang.
Penanaman ubi dan bijirin berlaku dengan pesat disamping penternakan lembu,
kambing, ayam, dan itik. Apabila berlaku lebihan dalam pengeluaran bahan
makanan kegiatan perdagangan turut berlaku secara tidak langsung apabila
terciptanya teknologi-teknologi yang berkaitan.
Selain
itu, ciri-ciri masyarakat prasejarah turut melibatkan aspek corak kehidupan
seharian mereka yang berbeza-beza mengikut zaman yang telah dijelaskan. Manusia
prasejarah sejak awal lagi sering berpindah randah dari satu kawasan ke satu
kawasan yang lain untuk mendapatkan sumber makanan dan air. Pada zaman
Paleolitik dan Mesolitik manusia tinggal dalam kelompok yang kecil di
kawasan-kawasan tepi sungai, tepi tasik, di dalam gua, dan pondok yang
diperbuat daripada kayu. Konsep petempatan kekal hanya wujud pada zaman
Neolitik selaras dengan kewujudan kampung-kampung pertanian yang didiami oleh
kelompok manusia yang lebih kompleks. Dengan pengurusan yang lebih terancang,
petempatan petempatan zaman Neolitik telah berubah menjadi kota seperti Catal
Huyuk di Turki, Jarmo di Iraq, dan Jericho di Palestin.
Apabila
kehidupan semakin meningkat dan kompleks, penciptaan teknologi dan kemahiran
baru dalam zaman prasejarah turut berlaku. Pada zaman Paleolitik, pencapaian
masyarakat hanya terhad kepada aktiviti melukis di dinding-dinding gua yang
bermotifkan binatang dan patung wanita. Walau bagaimanapun, penciptaan lampu
adalah sebagai unsur penting dalam penghasilan lukisan masyarakat Paleolitik.
Teknologi dan peralatan yang lebih baik dan merangkumi aspek yang lebih luas
dicipta pada zaman Mesolitik yang dikenali sebagai mikrolit seperti penciptaan
harpon, mata kail, jala, dan sampan. Apabila kehidupan masyarakat menjadi
semakin kompleks pada zaman Neolitik, teknologi dan peralatan yang lebih baik
tercipta seperti pakaian yang lebih bermutu melalui alat tenunan, roda,
terusan, dan empangan.
Seterusnya
aktiviti yang berkaitan dengan konsep agama dan kepercayaan turut wujud dalam
kehidupan masyarakat prasejarah. Walau bagaimanapun ia lebih melibatkan aspek
kepercayaan dalam masyarakat seperti tradisi mengebumikan mayat bersama-sama
barang keperluan untuk dibawa bersama ke alam yang wujud selepas mati
sudah dilakukan sejak zaman Paleolitik lagi. Perubahan yang jelas hanya berlaku
pada zaman Neolitik apabila unsur-unsur ghaib dan magis mula mendapat perhatian
dalam masyarakat seperti tanah yang dilambangkan sebagai wanita yang subur dan
benih ditanam dengan harapan dapat menghasilkan pulangan yang banyak. Malahan
masyarakat Neolitik turut membina rumah-rumah penyembahan sebagai tempat mereka
untuk menjalankan ritual seperti yang dilakukan oleh masyarakat di Catal Huyuk
Turki.
Oleh yang
demikian, masyarakat pada zaman prasejarah jelas mempunyai pelbagai ciri yang
berbeza-beza mengikut tahap dan perubahan tertentu. Evolusi yang berterusan
dalam pelbagai aspek kehidupan secara langsung telah memberi kehidupan yang
lebih baik dalam masyarakatnya. Malahan ciri-ciri masyarakat prasejarah yang
telah dijelaskan terus berubah sehingga ke hari ini dan mereka boleh dikatakan
sebagai perintis kepada pembentukan tamadun dalam sejarah peradaban manusia.
Perkembangan Tamadun Manusia
di Gua Bewah Mengikut Peredaran Masa Dari Segi Politik, Ekonomi dan Sosial
Zaman batu bermula dengan budaya Paleolitik di mana dari
segi geologinya ia masih dalam Zaman Pleistosen atau Zaman Ais. Menurut teori
para sarjana, pada zaman ini munculnya jenis manusia purba (pra-Adam) yang
berupa manusia mawas (ape-man). Antara fosil-fosil manusia-kera yang ditemui
ialah seperti Australopithecus (Afrika Selatan), Meganthropus (Jawa Timur),
Sinanthopus (China) dan orang Neanderthal (Jerman). Manusia-manusia kuno ini
dikatakan hidup antara tiga juta hingga 40 000 tahun yang lalu yang diawali
dengan jenis kera (Greek: pithecos) dan diikuti oleh manusia besar (Greek:
anthropos) separuh kera yang berjalan tegak (Homo erectus).
Di Asia Tenggara, fosil-fosil manusia-mawas ini dikatakan
telah banyak ditemui. Sebagai ‘lombong emas’ manusia-kera, jumpaan yang paling
banyak ialah di Jawa, khususnya di Sangiran, Ngandung dan Sambungmacan. Pada
tahun 1891 di Trimil, satu penemuan yang lebih penting ditemui yang dinamakan Pithecanthropus
yang kini dikenali sebagai Homo erectus. Bagaimanapun, pada tahun 1894 Dubois
mengisytiharkan bahawa fosil jenis ungka yang sudah lenyap. Malangnya sampai
kini para pengkaji masih menganggapnya sebagai fosil manusia-mawas, walaupun
telah dibatalkan oleh Dubois sendiri.
Perkembangan Dari Segi
Politik
Di Malaysia antara penemuan tapak-tapak
budaya Paleolitik setakat ini ialah di Kota Tampan, Perak, di Gua Niah,
Sarawak, dan di Tingkayu, Sabah. Penemuan terbaru di Bukti Gua Bewah sebagai
penempatan masyarakat Neolitik atau Zaman Batu Baru dibuktikan menerusi kajian
dan ekskavasi arkeologi oleh Jabatan Muzium dan Persatuan Sejarah Malaysia
Terengganu pada 10 hingga 24 Julai 1976. Antara lain mereka menemui pelbagai
artifak termasuk rangka manusia, serpihan tembikar, kapak batu dan sisa makanan
iaitu sisa tulang haiwan dan cengkerang-cengkerang siput sedut yang dipotong
pada segmen ketiga. Penemuan tersebut membuktikan Gua Bewah adalah penempatan
manusia neolitik di antara 2,000 hingga 300 tahun Sebelum Masihi iaitu
kira-kira 2,300 hingga 4,000 tahun yang lalu. Di bahagian bawah Bukit Bewah
terdapat sebuah lagi gua yang tidak lagi kelihatan akibat ditenggelami air
tasik iaitu Gua Tok Bidan. Bagaimanapun seorang pengkaji sejarah Inggeris
R.O.D. None yang bertugas di Muzium Perak pernah mengkaji gua itu sekitar Mei
1956 dan menemui beberapa artifak penting zaman Neolitik termasuk kapak batu,
kendi dan mangkuk tanah. Gua itu telah
diekskavasi oleh sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia dan
Muzium Terengganu pada 1989. Penyelidikan tersebut mendapati Gua Taat adalah
merupakan penempatan masyarakat pra-sejarah yang lebih awal berbanding Gua
Bewah. Ini dibuktikan melalui
artifak-artifak yang ditemui dikatakan berasal dari kebudayaan Hoabinhian iaitu
berusia sekitar 10,000 hingga 3,000 Sebelum Masihi (kira-kira 5,000 hingga
12,000 tahun yang lepas).
Penemuan yang terbaru di Gua Bewah
mendapati bahawa sistem politik yang terbentuk adalah wujudnya pendudukan yang
berpuak-puak dan berkabilah. Ini dapat dibuktikan dari penemuan bahagian dapur
yang dipercayai tempat untuk membakar haiwan buruan. Setelah kami melakukan
sedikit penyelidikan, wujudnya sisa-sisa makan yang ditinggalkan oleh manusia
prasejarah yang mendiami Gua Bewah tersebut. Menurut para pengkaji arkeologi
dari Muzium Terengganu, tidak mungkin manusia ini hidup bersendirian kerana. Bukit
yang dikatakan mendapat nama daripada perkataan
‘Bewah’ aktiviti bewah atau kenduri kendara oleh masyarakat zaman purba
yang pernah tinggal di situ merupakan lokasi kepada dua buah gua iaitu Gua
Bewah dan Gua Batu Tok Bidan.
Perkembangan Dari Segi
Ekonomi
Punca ekonomi yang terdapat daripada
hasil penyelidikan kami mendapati, punca ekonomi mereka ialah daripada kegiatan
perburuan binatang dan memungut makanan. Sedangkan tempat tinggal mereka ialah
di gua-gua atau lubang-lubang besar, manakala pakaian mereka berasal daripada
kulit-kulit binatang. Tetapi yang terpenting sekali ialah bahawa peralatan
seharian mereka hanya merupakan batu-batu kasar dan kelikir yang tajam di
sebelahnya tanpa sebarang pemegang. Oleh kerana mereka lebih mementingkan
fungsinya daripada seni, maka tidak ada perubahan besar dalam tradisi peralatan
batu ini sejak dari awal hinggalah akhir zaman ini, kecuali sedikit sahaja.
Hasil daripada kajian kami di Gua Bewah, kami mendapati Sadat Batu yang telah
dijumpai digunakan oleh manusia zaman Neolitik. Alat ini digunakan sebagai
bahan untuk memotong daging untuk perburuan ini. Bukti ini menunjukkan jelas bahawa
adanya kegiatan perburuan manusia pada zaman ini.
Saya juga ingin merujuk hasil kajian M.W.F. Tweedie yang telah
mengaitkannya dengan budaya Hoa-binh yang berasal dari Vietnam Utara. Sebenarnya apa yang dinamakan budaya Hoa-binh
itu ialah tempat asalnya usaha pertanian industri tembikar, serta pengaruhnya
di Asia Tenggara. Ini disamakan dengan penemuan Penggorek Api yang telah
dijumpai berdekatan dengan Gua Bewah yang dipercayai sebagai punca untuk
mendapatkan bahan pembakaran seperti untuk memasak, memanaskan badan, membuat
tembikar dan sebagainya. Tentang pertanian pula, agak sukar untuk menyatakan
bahawa budaya Hoabinh bercorak pertanian oleh kerana kebanyak tapak-tapaknya
menunjukkan mereka memburu. Memang ada tanda-tanda awal dalam kegiatan
pertanian (incipient agriculture),
tetapi yang lebih penting ialah pada pembuatan alat-alat batu dan juga tulang.
Contohnya penemuan Beliung Batu yang digunakan sebagai alat melapah daging
buruan pada zaman neolitik.
Ahli pengkaji sejarah menyatakan terdapat
suatu perubahan besar dari segi kebudayaannya, iaitu suatu revolusi kebudayaan
dalam prasejarah Asia Tenggara. Ahli pengkaji sejarah barat iaitu F. Sarasin
dan P.E Sarasin mengaitkan dengan teori penghijrahan orang Melayu ke rantau
ini. Pertama kedatangan Melayu-Proto yang membawa kebudayaan Neolitik dan kedua
kedatangan Melayu-Deutero yang membawa kebudayaan logam. Namun teori migrasi
tidaklah diterima oleh semua pengkaji. Sejak 1964, J.Ph. Duyvendak menegaskan
bahawa pengetahuan tentang batu dan logam telah dibawa masuk ke dalam
masyarakat di kawasan-kawasan pantai melalui perhubungan dengan orang luar.
Pada tahun 1956 misalnya, H.D Noone
telah membuat penyiasatan di Sungai Bewak, Ulu Terengganu di mana dijumpai
barang-barang purba seperti tembikar, mangkuk dan kapak. Selain daripada
kapak-kapak tersebut, banyak lagi barang-barang lain yang mencirikan budaya
Neolitik di Alam Melayu. Antaranya ialah tembikar, perhiasan dan pakaian yang
dibuat daripada kulit-kulit kayu. Pada tahun 1975 contoh, para arkeologi
Terengganu telah menemui beberapa serpihan tembikar yang dijumpai berdekatan
dengan kawasan Gua Bewah.
Sebagai ciri utama budaya
Neolitik, kemajuan yang berlaku dalam pertanian telah mengubah cara hidup
mereka daripada kegiatan mengumpul makanan kepada menghasilkan makanan. Melalui
kegiatan pertanian dan juga penternakan ini juga menjadikan mereka menetap di
sesuatu tempat yang tidak menentu, tidak lagi berpindah-randah seperti
sebelumnya. Ini dapat dibuktikan melalui
hasil pengkajian kami bersama ahli arkeologi Muzium Terengganu yang menemui
Cangkul Batu yang digunakan untuk kegiatan pertanian.
Perkembangan Dari Segi
Sosial
Prasejarah adalah zaman yang ditanda
oleh ahli sejarawan sebagai zaman yang masih tidak wujud sistem tulisan dalam
zaman tersebut. Penemuan arkeologi setakat ini menunjukkan cara pengkebumian
mayat itu lebih tua daripada zaman kenaikan paras air laut pada 10 ,000 hingga
11, 000 tahun dahulu iaitu perubahan daripada zaman geologi Plestosen ke
Holosen.
Adapun tentang kebudayaan spiritualnya, kedudukannya agak
kabur kerana dikatakan kekurangan bukti dan maklumat. Setakat yang diketahui
mereka sudah mengenal perkuburan, seperti yang terdapat pada fosil Homo
wajakensis dan Perak Man di Perak. Selain itu, jumpaan rangka manusia dalam
keadaan kaki yang bersila dan tangan yang bersila di Gua Tuk Bidan yang
berdekatan dengan Gua Bewah juga adalah kesinambungan daripada Zaman
Hoabinhnian kepada Zaman Neolitik iaitu sekitar 4000 tahun dahulu. Dari segi
kepercayaan, tentunya ia menunjukkan
kecenderungan kepada animism atau dinamisme menurut andaian oleh para
sarjana yang mengkaji tentang asal usul agama dan kepercayaan asli. Juga,
penyelidikan arkeologi tidak pernah menemui rangka yang lengkap di Malaysia
khusus pengkajian kami di Gua Bewah. Menurut ahli arkeologi, penemuan rangka
Bewah Man dipercayai seorang wanita yang berusia dalam lingkungan umur 20
hingga 30 tahun tersebut dikebumikan dengan cara bayi dalam kandungan dan tidak
mempunyai kepala. Hasil daripada analisis kami mentafsirkan bahawa wujudnya
kepercayaan animisme disebabkan cara
pengebumian mereka yang agak unik.
Penemuan Gelang Batu dan Serpihan Tembikar di Gua Bewah
menunjukkan permulaan kepada kesenian pada Zaman Neolitik ini ia semakin
bertambah halus dan canggih. Namun, menurut para pendokong teori migrasi yang
menyatakan bahawa kemajuan atau perubahan budaya ini berasal dari daratan Asia,
khususnya dari Yunan. Kemajuan yang terpenting ialah pada peralatan-peralatan
yang digunakan, iaitu kapak dalam pelbagai jenisnya, seumpama beliung dan
cangkul, di samping kapak bahu yang berleher serta kapak lonjong. Bagi Robert
Heine-Geldern, oleh kerana kebudayaan kapak dan kapak bahu ini berasal dari
Yunan, maka ia dianggap berasal dari sana, bukan ciptaan asli penduduk
tempatan.
Selain daripada kapak-kapak tersebut, banyak lagi
barang-barang lain yang mencirikan budaya Neolitik di Alam Melayu khususnya di
Gua Bewah. Antaranya ialah tembikar, perhiasan yang diperbuat daripada kerang
serta pakaian yang dibuat daripada kulit-kulit kayu. Terutamanya di Jenderam
Hlir dijumpai alat-alat tembikar yang berasal dari Tanah Besar. Demikian juga
terdapat hubungan dari segi persamaan antara tembikar yang dijumpai di Gua Cha,
Kelantan dengan Gua Bewah, Ulu Terengganu.
Penggalian di Gua Bewah tersebut telah memperoleh dua
penemuan penting. Pertama, cara pengebumian Bewah Man yang dipercayai mengikut
upacara keagamaan animisme. Kedua, pengetahuan teknologi tembikar yang tinggi
mutunya, yang tarikh kewujudannya dianggarkan sejak lebih 10 000 tahun S.M.
Walau bagaimanapun, belum terdapat kesan-kesan organisasi sosial yang jelas
seperti tempat-tempat yang lain. Apa yang ditemui ialah kesan-kesan penempatan
yang tersendiri tanpa mencampuri hal-ehwal satu sama lain.